20 November, 2017

ARTIKEL 29: MATLAMAT PENDIDIKAN


Kanak-kanak mempunyai hak memupuk rasa hormat
kepada bumi dan alam sekitar semula jadi.

24 October, 2017

ARTIKEL 24: HAK KEPADA KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN



Kanak-kanak berhak mendapat perlindungan dalam memerangi penyakit 
dan pemakanan seimbang serta penyediaan kantin yang bersih.


07 April, 2017

ARTIKEL 2: TIADA DISKRIMINASI / ARTIKEL 3: KEPENTINGAN TERBAIK KANAK-KANAK






Program Advokasi Khas Global Road Safety Week peringkat negeri Selangor 
telah dirasmikan oleh Datuk Aziz Kaprawi (Timbalan Menteri Pengangkutan).


15 January, 2017

ARTIKEL 28: PENDIDIKAN


Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran
 secara tetap ke sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

03 January, 2017

Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM)

PENGENALAN
* Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999. Salah satu fungsi SUHAKAM menurut Seksyen 4(1) Akta ini adalah  “untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia;”
* Selaras dengan fungsi tersebut, SUHAKAM dikehendaki untuk menjalankan program pendidikan hak asasi manusia kerana ianya adalah penting seperti yang tersebut dalam Plan of Action : World Programme for Human Rights Education.
* SUHAKAM telah menjalankan beberapa program pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menanam kesedaran dan amalan Hak Asasi Manusia di kalangan guru dan pelajar sekolah.
MATLAMAT
Matlamat projek adalah bagi mewujud dan mengamalkan budaya hak asasi di sekolah dan amalan secara bertanggungjawab untuk keharmonian sosial dan kesejahteraan hidup yang berterusan.
* menggalakkan pelajar dan warga sekolah untuk memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah untuk mengamalkan hak asasi manusia  dan hak kanak-kanak.
* memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab berkaitan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
* meningkatkan permahaman dan amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak untuk kesejahteraan semua.
* menggalakkan pelajar dan guru untuk memberi perhatian kepada aspek-aspek hak asasi dan hak kanak-kanak dalam merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah.
* berkongsi pengalaman tentang hak asasi manusia dan hak kanak-kanak yang telah diamalkan di sekolah dengan masyarakat setempat
* mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar tanpa mengira kaum, agama dan jantina.